Friday, February 2, 2018

PEMBURU SUNRISE DI BUKIT SENALING, KUALA PILAH NEGORI SEMBILAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Setelah sekian lama perancangan demi perancangan untuk pendakian bukit sebelum ke gunung ganang lembah belukar dan sebagainya... kali ini, tercapai sudah hajat bersama rakan-rakan berkebetulan mempunyai minat yang sama walau pun terpaksa minat (kena paksa ikut) hahahahah

otw ke bukit senaling 


Pada awalnya, perancangan adalah untuk ke Gunung Angsi... entah kenapa, tiba2 Gunung Senaling nie terlebih viral menjadikan terus pilihan pertama kami. View bukit ini menarik (pandai team Senaling mempromosikan bukit ini) aku tengok dalam gmbar je dan juga testimoni, pengalaman dan cerita dari mulut ke mulut,. boleh tahan laaaaa

Baik, perancangan dari awal telah dibuat, guide telah di deal... tarikh telah ditetapkan, maka, kedua2 pihak telah bersetuju dengan TARIKH 1 Feb 2018  (KHAMIS) MASA 5.30 PAGI... Yearghhh

keanggotaan kami adalah 17 orang, semua daripada Putrajaya. kemudian dibahagikan kepada 2 team. 1 Team pergi awal dan menginap di homestay Batu Kikir Jambatan Bosi dan 1 team lagi bergerak seawal 2 pagi dari rumah masing masing. 

Perjumpaan adalah di petronas Senaling pada pukul 5.30 pagi (bayangkan).
1 Keajaiban telah berlaku, pukul 5.13 pagi SHARP, wowwwwww..... dapat dikumpulkan seramai 17 orang(tidak terlebih dan tidak terkurang) masing masing dengan uniform siap sedia (ada la 2 3 orang yang memerut dekat petronas tu) biasa la tu...

Wajah pukul 5.30 am

Guide utk hiking datang mai ambik dekat petronas senaling, maka berkonvoi la kami dalam 5 minit utk ke kaki bukit, meneruskan pendaftaran, dan urusan- urusan yang sepatutnya. Jam 6.09 minit, Selepas siap saja azan subuh, Terusssssssssssssssssssssssssssssss kami mendaki bukit, 

5 minit pertama, ada yang borak borak, bergurau senda dan macam- macam perangai....
10 minit kemudia, dah ada kumpulan-kumpulan kecil (strategi masing-masing), 20 minit kemudian, kumpulan semakin kecil (pecah kecil, salah kalau perolehan ni),
 40 minit lagi, dah bawak diri masing- masing( Strategi gerila).

Perjalanan pendakian dimulakan

selain daripada guide yang sedia ada, dalam team kami juga mempunya kepakaran dalam bidang masing- masing yang sangat sangat membantu dari segi mental dan fizikal. Sebab apa? sebab perancangan dari awal tu, jangkaan- jangkaan yang bakal berlaku dapat di kurangkan.

kepakaran Guide kami yang di import khas


7.30 am, ya ya ya... saat yang di tunggu tunggu, muncul la... SUNRISE dari ufuk timur, dan juga AWAN KARPET...tak payah nak cerita bab suasana, permandangan, di kala itu... hilang  penat, lupa kekasih, lega tekak, dan lain lain yang sepatutnya. Semasa perjalanan lagi... kami dihidangkan dengan persekitaran  yang menarik sekali.

Penjelmaan perasaan ketika ini

 Mulalah langkah pertama di puncak dengan KLIK 1 gambar, lepas tu klik klik klik klik... bergambar la kak oiiiiiii.... disini masing-masing mengeluarkan bakat terpendam selama ini....


Ini pengasas dragon ball yangs sebenar

team fall in love ni lain macam sikit

ini kumpulan pecah kecil tadi

sabar la wahai Nurhakim 


 hampir 2 jam di puncak, sunrise pun dan nak bertukar jadi sunset dah... kami pun bengerak menuju ke tempat asal laaaa..... la la la la la,.  Semua sampai di puncak bukit senaling, dan semua selamat sampai kekaki bukit senaling... POWER to my team. jangan ditanya apa sarapan kami !!!!.


wajah wajah penuh bangga


Kenangan telah di cipta puncak senaling,
nama telah terukir di dada bukit senaling,
pengalaman telah di terakam di senaling
menjadikan sejarah di bukit senaling




Special terima kasih juga kepada keluarga angkat kami di negori sembilan , kerana layanan yang tidak henti- henti daripada malam hingga kami balik 

BBQ yang terbaik, pengat pisang, air krim, nasi ayam, gulai masak lemak...  adeiiiii... cair bebbbb ...........ada masa kami datang lagi....

Rumah keluarga angkat 




Tuesday, November 26, 2013

MAMPUKAH AKU ???


Semenjak dua menjak ni, sering kali aku membaca artikel- artikel berkaitan pengalaman suami dalam menemankan isteri bersalin. Mengapa??? entah la.. aku pun tak tahu, di wall2 FB pun kerap benar timbul seolah- olah memberikan isyarat kepada aku untuk tahu kisahnya. Untuk apa? munkin supaya aku lebih bersedia dan kuat.....

Aku tidak mabuk darah, aku kuat , aku berjiwa kental....... "jangan angkuh katanya dia".... aku termenung, hari- hari aku termenung setelah menbaca kisah pengalaman- pengalaman dalam menemani isteri semasa di laboor room. mampukah aku melihat wajahnya disaat-saat mengadaikan nyawa demi zuriat aku, mampukah aku tidak berganjak walau seinci dalam memberikan kata- kata semangat kepadanya, mampukah aku mengekang air mata melihat keayuan wajahnya di laboor room nanti... haaaaaaaa

terlalu banyak persoalan dan teka teki yang menghampiri hati ini. kali ini ia melibatkan hati dan perasaan bukan lagi akal yang perlu untuk aku berfikir. Ingin saja aku pergi dan semuanya sudah selesai dan aku hanya menampakkan senyumannya dan anak sahaja, namun perjalanan tidak semudah itu....

Selama ini, wajah ini lah yang menbuatkan aku sebak melihatnya kerana tanggungjawabnya yang tidak pernah hilang dalam dirinya.
"kalaulah Abg yang tak pilih syg menjadi teman hidup, x ada siapa dah yang ingin ambilnya menjadi teman hidup" kata- katanya cukup menyentuh hati aku. 


Moga- moga doa yang dipanjatkan selama ini didengari olehNYA , hamba MU yang hina memanjatkan doa agar di permudahkan segala urusan. Agar kami dapat menjalankan urusan MU di bumi ini. 

kuatnya diri ini kerana adanya dirimu .... 
Kan kujaga selalu hatimu
Kan kujaga selalu cintamu
Kan kujaga selalu kesetiaanmu
Hingga akhir hayat memisahkan

Friday, November 22, 2013

PELENGKAP SEBUAH KELUARGA





Bulan bertemu bulan, minggu bertemu minggu, hari bertemu hari, waktu bertemu waktu, sehingga sekarang isteri aku masih menunggu bilakah permata hati kami dan amanah daripadaNYA ingin menghidup udara dunia. Debaran nya jelas kelihatan setiap kali  ia meluahkan apa yang dirasai oleh isi hatinya serta dizahirkan dengan pembuatan dan tindakan- tindakannya yang kadang- kadang membuatkan aku tersenyum senang......

ikhlas dari hati ini... gembira, terharu, takut dan sebagainya... kenapa???  hanya Allah sahaja yang tahu..... selama 9 bulan aku melihat susah payah nya mengandungkan kandungannya ke hulu ke hilir mencari kelengkapan dan persiapan orang baru  yang akan dilahirkan nanti, terjaga mlm sehingga lah pagi kerana keaktifan baby dan macam- macam lagi membuatkan aku terfikir ketabahan seorang ibu.

ya... aku bertuah kerana dapat melihat perkembangan tumbesakan kandungan isteri aku daripada awal sehingga lah sekarang merasai pergerakan- pergerakan  yang mengitu menakjubkan menjadikan kasih sayang kepada seorang yang bergelar isteri tidak terhingga nilainya. Terlalu banyak hidup didunia ini di buktikan dengan kekuasaanNYA.  

Aku yang tidak menangung apa- apa pun dah merasai pelbagai perasaan apatah lagi orang yang menangungnya yang akan bertarung nyawa demi seorang anak. haaaaaaaa apa lagi yang mampu aku katakan????? ucapan terima kasih? tahniah? tidak mampu untuk diucapkan berdasarkan perngorbanan yang dilakukan.....

aku selalu menekankan dalam hidup ini, semua perasaan kita akan lalui.... sedih, Takut, sakit, gembira, miskin, kaya dan seumpamanya kita akan merasainya secara tidak langsung atau langsug berdasarkan pelbagai cara.... mengapa??? kerana ALLAH MAHA ADIL....... 

Kepada isteri ku yang terCINTA..... tiada apa yang dapat diucapkan selain Syukur kepadaNYA. 
ALLAHUMMA YASSIR WALA TU'ASSIR   - Ya Allah permudahkan dan jangan dipersulitkan. 
semoga semuanya berjalan dengan selamat dan lancar dan menanti orang baru sebagai amanah dariNYA -Amin InsyaAllah.........




Monday, May 27, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU



 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

 Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dengan limpah dan KhudratNYA dapat kita bersama-sama bernafas pada hari ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA.

 24/5/2013 maka berlangsunglah akad nikah seorang sahabat yang tidak pernah jemu dalam mencari KEBERKATANNYA. Perubahan demi perubahan menampakkan pada kehidupanya sehinggalah kehari ini. semoga ALLAH merahmati beliau dan isteri keakhir hayat. Walaupun persahabatan yang dijalin penuh dengan suka duka, gelak tawa, kenangan- kenangan bersama 5 lagi orang sahabat (Hero House)namun apakah daya, perubahan kehidupan tetap akan berlaku dan kehidupan perlu diteruskan.

 Macam sedihkan???? heheh namun, aku tumpang gembira dengan perkahwinan kedua- dua sahabatku fazmi n Fatin bagaikan pinang di belah dua, sama padan, sama cantik, semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Carilah keserasian,Insyallah. 2 orang dah lepas.... tinggal lagi 4 orang geng kita.... seorang akan menyusul tinggal lagi 3 orang hehehe (mcm lagu 10 orang budak hitam pun ada) hahah.. apa- apa pun TAHNIAH kawanku....

 berderau darah bila dapat jemputan hari tu..... gembira tidak terkata..... memang sedang menunggu jemputan sebenarnya,,,,, hehehe SEMOGA persahabatan yang pendek namun besar kenangannya dapat kita pelihara dan satu daripada hamba ini.....

anda bagaikan adik beradik dalam hidup hamba. bila datangnya kenangan tanpa diundang resahlah hamba ingin bertanya khabar. andai khabar tidak dapat bertanya hanya gambar yang berbicara .......


SELAMAT PENGANTIN BARU FAZMI DAN FATIN......


 kompang di palu pengantin baru, duduk berdua tersimpul malu, kami ucapkan moga berkekalan, hingga akhir hayatttt ............

Thursday, May 31, 2012

Ada benda yang kita tidak dapat menyelesaikan, kerana melibatkan ramaiiiiiiiiiiiiiii pihak, tapi tidak mustahil utk selesaikannya,,,,, memberikan kepercayaan kepada diri sendiri untuk sesuatu keadaan adalah sesuatu yang hebat..... bab kata pepatah melayu, nak seribu daya, tak nak seribu dalih..... mampukah kita utk melakukan.... IYA, kita yang merangcang.... andai kata hasilnya tidak sama dengan apa yang kita harapkan..... itu adalah hikmah di sebaliknya..... merenung untuk sesuatu keadaan adalah dapat memotivasikan diri dan memujuk diri sendiri.... jangan mengharapkan orang lain untuk datang memujuk kita.... kerana mereka jauh dari kita.. hanya diri kita kenal siapa kita.... setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari,dan setiap masa .... siapa dengan kita... HANYA DIRI KITA..... sekian...

Thursday, May 24, 2012

ha..ha,,,ha...

ha....ha...ha..... hari berkerja yang sungguh memenatkan :).... sekali pk, lelah oooo.... x dpt nak tahan dah, 2 kali pk plak..... xpe, aku berkerja utk masyarakat.... bekerja utk keluarga aku, ... berkerja utk isteri aku... (ade ke?? heheheh) akan ade hehehe dan berkerja utk masa depan aku... walau pun gaji hanya ciput je, tp aku bersyurkur ade jugak kje aku bila bangun pagi2.. x lah aku terus mengumpul taik mata dari hari ke hari hehehe... apa2 pun, hari esok lebih baik dari hari semalam,.... insyallah...... :) 

Tuesday, May 22, 2012

Tahun 2012 september , satu masa yang akan mengubah kehidupan aku yang dulu bujang, tanggungjawab, komitmen, ilmu dan sebagai nya.......Bagi pendapat aku  CINTA itu merupakan Perkara yang Subjektif kepada induvidu... apa pun yang di fikirkan oleh mereka, maka itu lah CINTA mereka..... 


Ikatan janji sebuah perkahwinan
Perkahwinan adalah matlamat terakhir untuk membuktikan cinta, ikrar, janji dan tanggungjawab sebagai manusia yang ingin hidup berpasangan. Ia boleh terjadi antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah mampu dari lahiriah dan batiniah.
Keinginan untuk melaksanakan impian hidup berpasangan adalah lumrah dari asas kejadian manusia itu sendiri dan dituntut dalam agama. kita Bertemu, berkenal-kenalan dan akhirnya membibitkan rasa kasih dan sayang sehingga ingin mengecapi hidup bersama. Sanggup meredah onak dan duri. Sanggup bertanggungjawab atas apa jua keadaan yang berlaku dalam alam rumahtangga.
Perkahwinan bukan kerja main-main, ia perlukan komitmen antara kedua belah pihak walaupun apa yang terjadi. Janganlah menganggap seperti kamu mensasarkan pencapaian sasaran dalam bisnes pula. Perkahwinan lebih melibatkan emosi, perasaan dan komunikasi. Jika salah satu tidak terjadi maka pincanglah rumahtangga tersebut.